28 July 2011

3rd anniversary

23 July 2011

sampaikan kepada ku Ramadhan itu..

seminggu lagi ramadhan akan kembali menjenguk kita,
perasaan rindu yang sangagt pada Ramadhan menghimpit perasaan aku kala ini..
sumpah aku katakan aku tidak pernah merasa perasaan rindu sehebat ini..
kurasakann detik berlalu bagai bayi yang baru belajar bertatih..
aku keliru..mengapa kali ini kurasakan Ramadhan yang bakal tiba akn membawa satu
perubahan baru dalam hidup..
apa yang aku tahu sekarang aku tidak akan membiarkan Ramadhan ku kali ini berlalu tanpa erti..
bermula malam nisfu syaaban yang lalu..
perasaan aku menjadi gelisah..
aku terlalu ternanti-nanti akan hadirnya bulan rahmat ini..
Ya Allah..semoga aku dapat bertemu dengan bulan rahmatMu itu..
namun..aku bimbang.aku risau..apakah aku benar2 bersedia untuk mengahadapi Ramadhan tahun ini..

Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi:
" dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya"

semoga semua kelebihan bulan Mu ini Ya Allah..dapat aku perolehi..
Ramadhan..aku menanti kehadiran mu...