21 May 2011

::apabila kita harus memilih::


Dalam perjalanan hidup ini kita sentiasa harus memilih. Setiap masa. Setiap jam. Mungkin juga setiap saat. Pada ketika kita terjaga dari lena, kita harus memilih sama ada untuk bangun untuk solat Subuh atau terus menarik selimut untuk menyambung tidur. Pada masa ini kita diuji. Pilihan harus dibuat.
Pilihan itu akan sentiasa muncul dalam kehidupan ini. Bila sudah bangun subuh, kita mula terfikir, nak pakai baju warna apa hari ini, merah atau biru? Hitam atau putih?
Nak makan apa hari ini, makan tengahari shja atau malam juge..makan di cafe atau di kedai makan.. pilihan yang mudah juga kadang-kala memeningkan kepala..
Semua itu perlu difikirkan. Perlu dipilih. Semakin mencabar pilihan yang perlu dibuat. Semua itu perlu dipilih.
Yang pasti, bila memilih, ingat Allah selalu. InsyaAllah, pilihan itu  akan diredhai. walau apa pun yang kita lakukan, lakukan dgn ikhlas.
Hikmah itu tidak nampak dalam sekelip mata. Yang penting, kita percaya setiap yang kita lakukan itu ada hikmah di sebalik nya..Allah know the best for us..
Jika kita renung kembali setiap kejadian yang berlaku pasti punya hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi dan tidak nampak dalam sekelip mata....
Kehidupan itu membawa kita untuk lebih memahami. 
Perjalanan hidup ini menemukan kita dengan macam-macam perkara. Dan semua itu mengajar kita untuk berfikir. Berfikir dengan cara yang matang.
Apabila masanya sudah tiba, bersiap sedialah. Apabila sampai satu tahap, perkara-perkara yang tidak pernah kita sangka untuk fikirkan kita akan terjebak untuk memikirkan mengenai hal itu.
Semua perkara ini berlaku kerana tahap kematangan kita berbeza. Cara pemikiran mula bercambah dan mula untuk menjadi orang yang berfikir. 

Sesungguhnya, belajarlah menghadapi perjalanan hidup ini dengan lebih tenang.
Apa yang datang, apa yang perlu difikirkan dengan lebih serius, apa yang perlu dipilih, apa yang tidak pernah difikirkan lalu perlu difikirkan ...... Hadapi segala-galanya dengan tenang.
Renungi juga firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 28:
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram"
Maka, apabila tiba saatnya, hadapilah dengan tenang...
insyaAllah.moga hari-hari kita akan dipermudahkan. Amin~~
stay calm..always~~

::perjalanan yang masih jauh. permudahkan la Ya Allah::

0 comments: