24 April 2011

my precious friends ^^

Dalam hidup ini, Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita, Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dirinya,Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya, Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati, Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita, Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering lupa.. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya, Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita, Harapan dan impian juga kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah, Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita, Hingga kadang-kadang kita terlupa, Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita, Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkankita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya, Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.  Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat. Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan, Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan Kita tidak tahu Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, Mungkin kita akan tahu.







0 comments: