06 April 2011

CANTIK??

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik.


sejujurnya..apabila berkata soal cantik..
semua org akan memilih yang lebih cantik..
seorang suri rumah akan memilih kain yang paling cantik..
seorang wanita akan memilih tas tangan yang  paling cantik..
seorang kanak-kanak juga akan memilih boneka yang paling cantik..


tidak hairanlah..seorang lelaki akan memilih perempuan yang paling cantik..
untuk dijadikan isteri..
sungguh kecewa gadis2 yang tidak berapa berupa..


Mungkin ada antara kita yang tegar..
menyalahkan takdir..
mengapa mereka dilahirkan tidak cantik..


Namun jangan kita lupa akan caturan Ya Rabbi..
cantik itu sesuatu yang subjektif..
jika Allah menetapkan cantik itu sebagai A..
maka semua manusia akan memilih A..
maka apa akan terjadi pada B,C dan seterusnya...


Maka nya..Allah itu Maha Adil..
diciptakan manusia dengan pelbagai rupa..
pelbagai warna..
pelbagai saiz..
dan pelbagai ketinggian..
kerana setiap manusia mempunnyai definisi cantik yang berbeza..



Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..
Yakinlah bahawa ciptaan Allah itu sempurna..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..apa yang tidak diketahui oleh hambanya..


Astaghfirullah...
Ampuni dosaku Ya Allah..andai aku pernah tegar mempertikaikan ciptaanMU..



0 comments: