12 February 2011

gugurnya air mata seorang ibu...

panggilan pendek selama 19:19 min tadi benar-benar memberi kesan kepadaku...
panggilan yang aku debar-debarkan..
namun apabila talian mula disambungkan..
aku terasa seperti bercakap dengan ibuku sendiri..
mungkin ibu tidak mempunyai anak perempuan..
dan apabila bercakap mengenai hati..
mungkin sesama wanita lebih mengerti..
aku thu ibu banyak memendam rasa sejak anakmu mula menjejakkan kaki ke menara gading..
aku dapat rasakan perasaanmu itu..
aku thu ibu turut merasa kehilangan anakmu..
yang dahulunya selalu di mata..
kini jauh di rantauan orang..
pelbagai perasaan..antara gembira, bangga, bimbang dan juga rindu..
namun apabila ibu menangis..
terkesan aku apabila si ibu mula sebak dan mungkin mengalir air matanya..
mengalirnya air mata si ibu membuat aku juga turut terasa pedihnya..
ternyata si ibu benar-benar kecewa akan sikap anaknya..
sungguh tidak aku sangka perbualan yang kujangka kan akan kaku..
bertukar menjadi hiba..
saat si ibu mula melahirkan rasa kecewanya pada si anak..
aku sedar ibu..aku mengerti kan perasaanmu itu, ibu..
anak yang dahulunya dikandung..dijaga..dibelai..
ditatang seperti minyak yang penuh..
diberikan didikan agama dan didikan duniawi yang sempurna...
anak yang merupakan harapan keluarga..
kebanggaan ibu dan ayah..
teladan adik-adik..
benar ibu..perlakuan kami semakin hanyut..
tidak aku nafikan..
kami lalai..leka..asyik dengan dunia dan perasaan yang kami sendiri ciptakan..
kami lupa kan harapan ibu dan ayah di kampung... 
kami lupa ajaran guru-guru di sekolah..
kami lupa pesanan-pesanan dan nasihat-nasihat darimu ibu..
aku tahu betapa pilunya hatimu,ibu..
tatkala anakmu yang dahulunya
tidak pernah merahsiakan apa-apa darimu..
anak yang dahulunya begitu taat dan mendengar kata...
anak yang dahulunya sering berkongsi rasa dan cerita denganmu..
anak yang tekun dan rajin mejalankan ibadah-ibadah..
anak yang dahulunya sering ke masjid dan majlis-majlis ilmu...
anak yang dahulunya sering membanggakan keluarga dengan keputusan akademik yang cemerlang...
namun kini..
semuanya telah berubah.
hati mana yang tidak pilu..
hati mana yang tidak bersedih..
hati mana yang tidak kecewa..
maafkan kami ibu,,.
aku sedar aku juga menyumbang ka arah perubahan anakmu..
aku juga bersalah dalam hal ini..
namun ibu, 
percayalah kami akan cuba kembali ke pangkal jalan..
kami kan kembali menjadi anak yang ibu harapkan..
kami akan sentiasa mengingat pesanan darimu..
kami akan cuba membawa hubungan ini kembali ke jalan yang diredha-iNya..
terima kasih juga ibu kerana tidak melarang kami daripada terus berhubung..
tidak pula meminta kami memutuskan hubungan..
nasihat darimu agar tidak terus hanyut  akan tetap aku ingati..
kami tidak akan lupa akan apa yang berada di pundak kami tika ini..
apa yang harus kami perjuangkan..
apa yang harus kami gapai..
apa yang harus kami buktikan..
doakan kami, ibu
agar kami sentiasa berjaya dan juga diredhai..
terasa terkilan juga,,
mengapa aku tidak pernah menghubungimu,ibu,,
walaupun telah lewat 2 tahun lebih aku berkawan dengan anakmu..
terima kasih ibu..
sesungguhnya aku tahu betapa besarnya harapannmu itu ibu..
kami berjanji akan berubah...



salam sayang..
artikah
kakak akan membalas jasamu, mak dan abah,,




P/s: muhammad syafiq bin salim..maafkan andai entryku kali ini mengamit perasaanmu..
sy masih menyayangi awk dan sy akan setia awk..
namun, buat masa ini ada lagi perkara utama yang perlu kita laksanakan..
we should succeed..and to achieve that we must study really hard..
we must be patient, and never give up hope..
we can do it..
we must achieve our dream..
harapan keluarga kita..
dan andai jodoh itu milik kita..
tertulis di Luh Mahfuz..awklah bakal menjadi pemimpin dan ayah kepada anak-anak sy..
peneman hidup sy hingga ke akhir hayat..
sy akan tetap menunggu awk..
awk..
carilah cinta Ilahi kembali..
cintai la Nya lebih dari awk mencintai sy..
dan apabila awk dapat mencintaiNya lebih daripada segala-segalanya..
sy akan mencintai awk...dan sedia menjadi suri dalam hidup awk..

0 comments: